Mesyuarat Jawatankuasa Pembestarian Negeri
8 Mei 2013, Mesyuarat jawatankuasa pembestarian negeri kelantan telah berlangsung di BTPN Kelantan dengan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, JPN Kelantan. Antara yang hadir KS Pengurusan Akademik JPN, PPD dan PKG.
Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
16 April 2013, Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan SPS telah berlangsung di BTPN Kelantan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri. Kehadiran mesyuarat terdiri daripada JPN, PPD, PKG dan Pengetua/Guru Besar Sekolah Bestari.
Bengkel Komprehensif Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan
30 April 2013, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah menganjurkan bengkel komprehensif pembestarian bagi melatih dan memberikan maklumat terkini kepada Jurulatih Utama Negeri berkaitan dengan bidang berikut : SPS, VLE, SSQS, I-Nilam dan Iq-pss.
Program Outreach Pembestarian Pendidikan
24 April 2013, SK Sungai Rual, Jeli. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah melaksanakan program outreach pembestarian sekolah, dalam usaha meningkatkan penarafan pembestarian bagi sekolah asli seluruh kelantan.
10 buah sekolah terlibat dalam program kali ini, yang dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jeli. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Pos Brooke, SK Hendrop, SK Balu, SK Kuala Betis, SK Balar, SK Pasir Linggi, SK Sg Rual, SK Bihai, SK Pulat.
Program Pemantapan Organisasi
19 Mac 2013, Dalam usaha memantapkan organisasi dikalangan pegawai dan kakitangan, BTPN Kelantan telah melaksanakan program pemantapan organisasi.
























